Sunday, 17 June 2012

Cerita Cinta Amierah

Zaman sekarang,muda-muda lagi dah nak bercinta,nak berkapel.Konon betul-betul suka dan nak jadikan pasangan isteri atau suami.Tak salah dan tak jugak betul kalau budak-budak muda bercinta dan ada niat nak berkahwin dengan orang yang dia suka.Kalau betul caranya,maka betullah apa yang dibuat itu.


Ini bukanlah kisah semacam sinetron Indonesia yang sampai beratus-ratus episod dan mengandungi banyak unsur saspens.Bukan juga seperti kebiasaan cerita Melayu dan bukan jugalah seperti cerita orang berkuulit putih yang mengandungi unsur yang tidak sesuai.
Ini kisah Amierah(bukan nama sebenar) Kamu tanya kenapa bukan nama sebenar?Kerana ini pun bukanlah kisah benar.


Seperti gadis-gadis lain yang masih lagi bersekolah,cinta monyet merupakan permainan mereka.Mungkin ini sebabnya kenapa permainan tradisional dalam kalangan remaja kian terhakis.Abaikan.Tapi ada sesetengah yang terlalu percayakan cinta.Katanya cinta itu dicipta oleh Maha Pencipta dan tak salah untuk bercinta walaupun masih lagi mentah.Bengong.Kalau bercinta sampai perut membunting,tak salah apanya.


Hari Sabtu.Hari ulangtahun pertama Amierah berkapel dengan Amir.Amierah sangat teruja kerana walaupun dia tidaklah berwajah cantik tetapi Amir tetap sukakannya.Mungkin Amir juga tidaklah kacak mana.


"Babyyy,malam ni kita keluar sambut ulangtahun kita kapel",Amierah mengajak Amir dengan suara manja.(Kononnya kiut sangat la tu)


"Ok,pukul 10 i ambikyou.Kita keluar pergi mana-mana.",kata Amir.

"Ok".jawab Amierah.

------------
Talian diputuskan.Mungkin kehabisan kredit agaknya.


Jam menunjukkan pukul 10 malam.Amir menunggu Amierah di depan rumahnya.Rumah banglo macam rumah orang-orang kaya yang lain.Mungkin sebab itu jugaklah Amir menyukai Amierah yang tidaklah cantik mana.Kata orang duit boleh mengaburi mata.Amir hanyalah dari golongan keluarga yang sederhana.Dia hanya menunggag skuter ego sahaja.Ego betul dia ni.Amierah keluar rumah senyap-senyap.Kemudian,Amir memakaikan topi keledar kepada Amierah.


"Kenapa gelap sangat ni.Tak nampak apa-apa pun"kata Amierah sambil meraba-raba sekitarnya.

"Oooo.Helmet terbalik"jawab Amir spontan.

-----------

Akhirnya sampailah mereka di tepi pantai.Katanya ingin menikmati suasana yang romantik.Merka berjalan-jalan di tepi pantai sambil berpegangan tanganWalaupun malam ,masih ada ramai lagi pasangan-pasangan sepeti meraka di situ.Malam pesta muda-mudi.


"Saya cintakan awak"kata Amir sambil memandang tepat ke mata Amierah.

"Saya pun"jawab Amierah

Lalu mereka mula..........................................................


Bahagian ini terpaksa dipotong.

-------------

Beberapa bulan kemudian setelah babak yang dipotong tadi.Amierah sejak sehari dua ni selalu pening kepala dan muntah-muntah.Selera makannya juga hilang.Ayahnya,Dato' Omar membawanya ke hospital swasta.Maklumlah anak orang kaya.Setelah beberapa minit menunggu,sampailah giliran Amierah masuk untuk berjumpa dengan doktor


"Doktor,anak saya ni selalu muntah-muntah dan pening kepala.Macam mana ni doktor?"Tanya Dato' Omar.

"Ok.Saya akan buat pemeriksaan terlebih dahulu."jawab doktor.

"Adik sekolah dekat mana?"sambil meletakkan benda alah untuk mengukur suhu di dalam telinga Amierah.

"Sekolah Menengah Kebangsaan Pohon Besar"(bukan sekolah sebenar)jawab Amierah sambil berfikir(kenapa doktor ni nak tau dia sekolah dekat mana,nak usha aku la tu).

"Ooo.Spm la tahun ni ya?"sambil meneruskan lagi pemeriksaan.


Amierah hanya meanggukkan kepala.

-------------


"Tahniah,Anda bakal menjadi datuk."kata doktor kepada Dato' Omar.

"Doktor cakap apa ni.Saya dah lama dah dapat titile Dato'.Doktor ni gurau manja nampak."kata ayah Amierah.


"Tak..Tak..Anak perempuan awak menagndung.Tahniah.Tahniah.Anak awak ni muda-muda dah kahwin.Macam orang dulu-dulu.Tak salah pun kan,boleh elak maksiat.Dah banyak sangat  dah kes buang bayi sekarang ni."kata doktor panjang lebar.


Dato' bingung,sedeh dan pedeh dengan apa yang berlaku.Doktor ni terlalu naif ataupun ingin mengambil hatinya.


Aku tak tahu bagaimana cara bercinta yang sebaik-baiknya namun yang pasti cara bercinta seperti di atas memanglah bukan cara bercinta.Ini bengong namanya.Sampai bunting,apa kehelnye.Jangan cuba aksi ini di rumah atau di mana saja selagi kamu belum berkahwin..


#Selalu orang buat benda yang salah kerana merasakan benda itu betul.Atau mungkin tidak tahu benda itu salah.Atau sengaja buat tak tahu kerana nak sangat buat benda salah tu.



1 comment:

  1. nice story . memula baca ingat ending nye bagus . tapi.... :D . boleh dijadikan pengajaran :)

    ReplyDelete