Bukan Senang Kahwin Awal
Selalu aku terbaca pasal kahwin awal terutamanya dekat muka buku.Ramai yang post pasal kahwin awal ni.Hari tu aku ada tengok sebuah rancangan di televisyen yang mengupas pasal isu ni.Panel-panel mengupas dengan baik pasal benda alah ni seperti mengupas kulit bawang.Nampak macam tak berkait kan.Abaikan
Lepas tu,adalah seorang pemanggil yang bertanyakan soalan kepada para panel.
"Assalamualaikum,nama saya Ismaill.(bukan nama sebenar).Saya berumur 19 tahun dan saya telah menyampaikan hasrat saya untuk mendirikan masjid kepada ibu bapa saya.Mereka tidak bersetuju dengan cadangan saya.Sedangkan kahwin awal boleh mengelakkan zina,boleh mengelakkan kejadian buang bayi".
Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh para panel,keputusannya adalah negatif terhadap keinginan pemuda tadi.Hujah dan pendapat yang diberikan amatlah boleh diterima akal.
Kepada Ismaill(bukan nama sebenar),kahwin bukanlah perkara yang mudah.Bila berkahwin,kita akan beralihh dari fasa anak orang kepada suami orang dan setrerusnya akan menjadi bapak orang.Bayangkan umur baru 19 tahun,masih lagi belum habis belajar,tidak ada sumber kewangan yang kukuh,masih lagi bermain dota sampai pagi-pagi buta,masih lagi tengok cite kamen rider,pokemon,maen nds,makan minum pun ibu bapa tanggung lagi.Kata orang masih belum boleh basuh berak sendiri lagi,Mungkin ni agak kasar,Abaikan.
Kahwin bukanlah hanya untuk menghalalkan yang haram.Maksud aku,kalau belum berkahwin hubungan intim antara lelaki dan perempuan hukumnya adalah haram,tapi setelah berkahwin barulah hubungan intim itu menjadi halal.Kalau si pemuda tadi yang mengatakan dengan dia berkahwin awal dapat mengelakkan zina antara dia dan pasangannya,dia seolah-olah menganggap perkahwinan adalah perhubungan intim semata-mata.Perkahwinan itu luas skopnya.
Berkahwin kan sunah Rasulullah.Berkahwin kerana Allah untuk beribadat kepadaNya,untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah.Sebelum berkahwin,kenalah pilih wanita yang solehah dan untuk mendapatkan wanita yang solehah kita perlulah menjadi lelaki yang soleh.Si lelaki kenalah mempersiapkan diri dengan ilmu agama selain daripada kewangan dan cinta.Nanti si suami yang perlu mendidik isteri.
Jadi,bukan senang-senang je nak kahwin ni.Bukan hanya kerana cinta yagn hadir pada pandangan pertama,mula timbul rasa sayang,pastu berbalas-balas sms,berdating dan terus nak kahwin.Tanggungjawab sebagai suami tu berat.Bukan sebrat dumb bell dan bukan jugak ssberat tong gas.Berat untuk dipikul tanggungjawab tu.
Kalau betullah dia berfikiran hendak mengelakkan zina atas dasar dia nak kahwin awal,mungkin takut tak dapat kontrol diri sebab mungkin awek dia hot,lebih baik jauhkan diri dari dia.Atau lebih baik untuk tidak selalu berjumpa.Bercinta tak salah,cuma bagaimana cara bercinta itu yang boleh menjadi salah.Banyak cara untuk mengelakkan diri daripada membuat maksiat.Belajarlah daripada yang berilmu.
Memang wajarlah ibu dengan bapa dia tidak mengizinkan dia kahwin awal.Mak ayah dia dah lama hidup,diorang tahulah macam mana alam perkahwinan.Bukan suka semata-mata.Bukan malam pertama bagi setiap malam.Nanti dah kahwin dapat anak.Pastu nak beli susu baby lagi,pampers lagi.Bukan murah tu semua.Mungkin dia nak pergi beli kat kedai rakyat 1 Malaysia kot.Pastu anak dah besar,nak kena hantar tadika lagi.Pastu dan pastu dan pastu......fikir la pastu apa.
Prepare la apa yang patut sebelum nak berkahwin.Tak larinya seseorang perempuan tu kalau dia betul-betul cintakan kamu dan mahukan kamu menjadi suaminya.Sabar la.Kalau tak tahan sangat nak kahwin takut berlaku zina,puasa la banyak-banyak.
Satu lagi,mungkin ibu bapa masih belum mampu untuk melepaskan kamu dari jagaan mereka.Mereka masih lagi mahu menjaga kamu dan mahu melihat kamu belajar bersunggunh-sungguh dan berjaya

No comments:
Post a Comment